Kek Kahwin Bantal Ungu

Assalamualaikum, baru-baru ini akak ada menerima tempahan dari bakal pengantin di Monterez yang mahukan kek perkahwinan bertema ungu. Alhamdulillah akhirnya akak berjaya menyiapkan kek tersebut dalam masa yang ditetapkan. Dibawah merupakan gambar kek yang akak maksudkan. Jika anda nak buat tempahan sila hubungi akak di 0166179381 atau 0193838136.

Kek Bantal Pertunangan

Dibawah merupakan contoh kek bantal “mini” yang akak hasilkan untuk sebuah majlis pertunangan. Jika ada pembaca yang berminat untuk mendapatkan servis membuat kek tunang atau perkahwinan seperti ini sila hubungi akak di 0166179381 atau 0193838136.

Cupcake Pertunangan

Assalamualaikum, lama rasanya akak tak update Blog ni. Banyak juga tempahan yang tidak sempat akak snap ataupun update ke blog ni. InsyaAllah lepas ni akak akan update dengan lebih kerap lagi gambar-gambar kek yang akak hasilkan. Pada entri kali ni akak nak tunjukkan gambar cupcake yang akak buat untuk sebuah majlis pertunangan pada tahun lepas. Jika anda berminat untuk membuat tempahan sila hubungi akak di 0166179381 ataupun di 0193838136.

Kek Kahwin Bantal Baldu

“Mak asyik-asyik kek bantal je” itulah kata-kata yang keluar dari mulut anak saya Hanis. Agaknya kerana selalu sangat lihat emaknya membuat kek bantal ni dia dah mula “boring” hehe. Tetapi halnya berlain pula dengan customer saya. Ramai yang kata kek ni unik dan memberikan kelainan dalam perkahwinan mereka. TQ :)

Ada yang tempah kek bantal untuk perkahwinan, selalunya dalam 3 atau 4 tingkat, dan ada juga yang mahukan kek bantal setingkat untuk hantaran. Walau apapun insyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik untuk customer. Jika anda nak buat tempahan kek kahwin jangan segan untuk telefon akak di 0166179381. Tempah cepat sebelum slot tempahan habis diisi.

Tempahan Kek Kahwin Pelanggan

Assalamualaikum w.b.t. Nampaknya ramai yang berminat dengan kek kahwin berbentuk bantal. Gambar diatas merupakan gambar perkahwinan sepasang mempelai yang membuat tempahan di KekPerkahwinan.com. Terdapat pelbagai versi yang boleh ditambah pada kek ini seperti menggunakan fresh flowers dan sebagainya. Semuanya terpulang kepada anda. Jika anda berminat sila hubungi kami di 0166179381.

Tempahan Kek Perkahwinan Semasa Cuti Sekolah

Alhamdulillah ketika cuti sekolah ini ramai yang menempah kek perkahwinan termasuklah juga dari caterer yang menghadiahkan kek untuk klien mereka. Di bawah ini merupakan contoh beberapa kek yang saya hasilkan untuk caterer.

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan kami atau ingin menempah kek perkahwinan sila hubungi saya Hashimah di nombor 0166179381

Tempahan Kek Pertunangan Bertemakan Flora

Gambar ini merupakan contoh kek pertunangan yang saya ambil dari album lama saya. Tema yang dihasilkan adalah bertajuk flora dan kita dapat lihat melalui bunga dan daun yang ada pada kek tersebut. Jika anda ingin menempah kek pertunangan sila hubungi saya di 0166179381

Tempahan Kek Kahwin Dari Customer Di Taman Sri Muda

Di dalam post ini saya ingin berkongsi gambar kek kahwin yang ditempah oleh seorang customer yang tinggal di Taman Sri Muda, Shah Alam. Dia inginkan konsep kek perkahwinan yang sweet dan bertemakan warna merah jambu (pink) dan telah memberikan saya beberapa spesifikasi yang dimahukan.

Antaranya spesifikasi yang dia nak adalah kek kahwin yang berbentuk seperti bantal. Kek tersebut mempunyai 5 tingkat yang kelihatan seperti bantal yang disusun menegak. Di bawah merupakan gambar kek tersebut sebelum dan sesudah siap.

Jika anda ingin menempah kek perkahwinan sila hubungi saya Hashimah di 0166179381. InsyaAllah saya akan cuba hasilkan yang terbaik untuk anda.

Assalamualaikum

Saya mulakan dengan mengucapkan assalamualaikum di dalam post pertama ini. Selamat datang ke laman web KekPerkahwinan.com, tempat dimana anda boleh dapatkan kek perkahwinan yang berkualiti dan cantik insyaAllah.

Di dalam post-post akan datang admin KekPerkahwinan.com akan meletakkan lebih banyak gambar, update order terbaru kami dan pelbagai idea yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda yang inginkan kek perkahwinan yang menarik di hari perkahwinan nanti.

Sampai disini sahaja post sulung kami ini. Kita jumpa lagi di dalam post-post akan datang InsyaAllah.